Institut Penyelidikan Getah Malaysia

Institut Penyelidikan Getah Malaysia atau (Rubber Research Institute of Malaysia - RRI) merupakan pusat penyelidikan bagi meningkatkan mutu getah Malaysia.Penubuhan Institut Penyelidikan Getah Malaysia merupakan salah satu langkah kerajaan Malaysia dalam untuk meningkatkan hasil getah. Langkah lain yang turut diambil adalah dengan memperluaskan saiz operasi kebun kepada keluasan yang lebih ekonomi melalui penyatuan pengurusan kebun-kebun kecil dan diuruskan secara estet.Selain itu kerajaan turut melaksanakan projek tanam semula kawasan getah tua dengan klon-klon berhasil tinggi seperti klon-klon RRIM Siri 2000. Ini biasanya dilakukan bersama jabatan kerajaan lain seperti RISDA. Kerajaan Malaysia turut menggalakkan penggunaan teknologi dalam penjagaan dan penorehan pokok getah. Antaranya, termasuk penggunaan Sistem teknologi Berintensiti Rendah atau Teknologi LITS, penggunaan teknologi eksploitasi seperti rangsangan gas dan penggunaan teknologi rain-guard yang dicipta khas bagi melindungi kulit pokok daripada dibasahi hujan; dan Usaha kerajaan bagi menstabilkan harga pada paras yang berpatutan melalui kerjasama tiga hala iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia. Harga yang menggalakkan secara tidak langsung dapat meningkatkan hasil getah di mana pengusaha kebun akan menoreh lebih kerap, menggunakan teknologi LITS bagi meningkatkan hasil serta menjaga pokok dengan lebih baik.